Isnin, 24 November 2014

Kuat

   Alhamdulillah Allah telah berikan kepadaku umur yang panjang. Ni aku nak cerita sikit tentang diriku yang selalu tehanyut didalam sungai yang tiada arus dan tiada pemandu.
    
     Aku seorang yang tak kuat. Kadang kadang aku mudah tebabas dan mudah tersilap langkah. Lelaki nampak sahaja luaran SADO tapi dalam belum tentu hatinya seSADO badannya. Kalau badan je SADO tapi badan nak beribadah pun malas baik tak yah. Boleh angkat 100kg sekali pun Allah x pandang kalau kewajipan pun susah nak laksanakan.
     Kekuatan manusia yang sebenar bukanlah terletak pada kekuatan badan atau sebagainya. Tapi kekuatan yang menjadi pemangkin kepada semua anggota badan ialah IMAN. Inilah perkara yang manusia sering lupa.

       Cuba kita lihat bagaimana perjuangan para sahabat sebagai contoh Bilal bin Rabbah. Walau di seksa sekali macam pun hatinya tidak pernah berubah. Sepatutnya kita sepatut mencontohi beliau. Kita perlu sentiasa reset minda kita lebih2 lagi kita sebagai seorang pemuda. Dalam umur kita dalam proses dari kanak kanak untuk menjadi dewasa banyak cobaan yang perlu kita hadapi. Pemuda yang selalu mengingati Allah paliiiing Allah suka.
         Dalam hadith pon ade menyebut antara golongan dinaungi arasy Allah ialah pemuda yang selalu beribadat kepadaNya. Kebanyakkan manusia sering lupa lebih lebih lagi lelaki, mudah sahaja merenangi lautan api hanya disebabkan perempuan. Aku disini bukan nak salah kan sesape. Tetapi masing2 perlu jaga diri masing. Bukan aku nak cakap aku ni dah cukup bagus. Tapi aku nak pesan berpesan. Sambil2 tu aku mengislahkan diri aku ini yang hina.
          Aku tidaklah sehebat Sultan Muhammad Al Fateh. Aku tidaklah sebaik pemimpin Umar Abdul Aziz. Iman aku tidaklah setinggi Bilal bin Rabbah tapi aku cuba untuk menjadi seperti mereka. Mungkin yang terjadi padaku sekarang kifarah dosa yang Allah berikan kepadaku. Dan ingin menguji diri ku ini. Allah tidak akan menguji seorang hambanya itu melainkam untuk menaikkan taraf hambanya.
       Ya Allah janganlah Kau matikan kami sebelum kami bertaubat. Kau janganlah mantikan kami sebelum kami melunaskan hutang2 kami. Janganlah Kau mati kami sebelum seseorang telah membuat kesilapan kepada seseorag yang lain sebelum diampunkan dosanya.
   
        Terima kasih ya Allah kau trlah temukan ak dengan seseorang yang mampu membimbing aku. Semoga kau merahmatinya. Jika dia terbaik untukku kau simpan lah untuk ku. Jika tidak kau berikanlah orang yang dapat bantuku. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages - Menu

Popular Posts

About

Blogger templates

Blogger news